Wahai
Hawa….... Kenapa.. engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu ?
Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya ? kenapa.. masih
segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam
mematuhi perintah-Nya ?
Wahai Hawa…. Sadarlah.. Tangan
yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, kau boleh mengoncang
dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Shaleh dan
Shalehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam
menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa.. Jangan sesekali kau cuba
menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk
menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa … Jangan sesekali cuba menarik
perhatian kaum Adam yang bukan Suamimu..kerana aku khuatir ia
mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHAYA! Ia bisa memberi
kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, Alat yang
di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja.. Jadilah anak yang Shalehah Buat kedua ibu
bapakmu, Andai engkau sudah bersuami.. Jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, Andai engkau seorang ibu.. Didiklah anakmu sehingga ia
tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH. Hawa, Andai engkau belum
menikah, Jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji Rabb kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan
maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai
pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian
dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi
merangsang nafsunya. Wahai Hawa… Jangan sesekali dikau mulakan
pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku kuatir dari mata
turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung
kepada pertemuan dan dari pertemuaan… takut lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri.
Hawa … Lelaki yang Baik tidak
melihat paras rupa, Lelaki yang Shaleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannya, Lelaki yang Wara’ tidak menilai wanita melalui
keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.
Tetapi hawa … Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya… Lelaki yang Shaleh tidak menginginkan sebuah
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi
kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Wara’ juga tak
mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan
antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa
… Jagalah pandanganmu, Jagalah pakaianmu, Jagalah akhlakmu, Kuatkan
pendirianmu… Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya
cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan
membahagiakan dirimu. Hawa … Cintailah ALLAH.. Dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai
ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu, kerana kau akan perolehi keridhaan
ALLAH. TA'ALAA Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta
keluarga.
Hawa … Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan
yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam menggapai
keridhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang
keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci
mendengarnya. (¯`v´¯) ♥ Amiin yaa Robbal'alamiin ♥
`·.¸.·``(´'`v´'`)♥(¯`v´¯)♥(¯`v´¯)♥(¯`v´¯) ..♥♥...♥.`•.¸.•´♥. `·.¸.·`.♥"
Bidadari Dunia Mencari Cinta Sejati-Nya"♥
(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯ )♥
`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.´ `·.¸.·
✿`*•.¸¸.•* ( Thufail Na'im Ar'Syahid ) `*•.¸¸.•*✿. ✿`*•.¸¸.•* ( Khaura
Al-Intifadhah ) `*•.¸¸.•*✿.
Komentar
Posting Komentar
Silahkan tinggalkan komentar